November 29, 2011

Hana vs. Yuna




Assalamaualaikum…

Hey, baruu balik jalan jalan la kita… Eh, tadikan Cikdee nampak ramai Hana Tajima (HT) kat Bandar. Eh, macam mana pula HT boleh ada banyak? Oh, rupanya orang yang berstyle sama macam dia.. Aiseyh, come on la. Make your own style. Kesian HT asyik masuk mesin fotostat je buat copy. Please…

 Tiru tudung or salah satu dah la. Jangan lah transform semua badan korang to HT.  Menyampah tahu? Korang nak buat boria ke?

Atau, wujud HT die hard fans ek? :O

Hey, HT tu lawa, yang Cikdee nampak? :P

Yuna pun dah tukar style . Tak cool lah, ramai dah jadi dia. Kesian dia .



Make your world. J

Facebook


Hai..

Cuba buka profile ni dekat facebook korang : (http://www.facebook.com/profile.php?id=100002513894624&sk=wall) and .. view la.. adoi

Ish, memang kaki maki ek perempuan nie? Ayat boleh tahan.. Tapi kenapa dia memaki? Mungkin dia memang macam tu kot.. Hey, korang baca  tak orang pun memaki dia jugak? Orang tu nak nasihat dia sebenarnya..

Ok, kalau kita nak nasihat orang, baik baiklah sikit. Jangan lah memaki, kene maki, siapa tak marah? Korang tak rasa ke korang pun sama je buruk macam Bainun tu? Kalau rasa diri tu tak layak nak nasihat orang and tak ada kesabaran dalam diri tu, atau perasan cari lah orang yang lebih pakar.. 

Atau orang yang memang bertanggungjawab and reti nak nasihat nasihat orang.

Korang share profile tu untuk orang lain baca. Dalam tu ada komen kau maki Bainun. Eh, tak fikir ke? Orang pun akan anggap korang perasan bagus and suka mencarut. Please la. Berhentilah judge orang dengan pandangan korang yang macam orang cetek akal. Macam kene rasuk. Berdosa tau maki orang and mencarut. Korang fikir korang baik, tegur dia.. Tapi sebenarnya tengah tambah dosa mencarut. Tak sedar ke? Syok sendiri?

Ok, setakat tu je.. CikDee pun dah mengutuk korang . hish

Made In Indonesia


Hai semua cinta hati saya ..

Korang ada tak tengok iklan cerita baru tajuk MINI made in Indonesia. Hai,, apa ni?

TV3
2pm : Puteri yang Ditukar.
4pm: Jom rileks Indonesia.
Hari jumaat . Hidayah made in Indonesia juga.

TV9
5.30pm ; Lagu Cinta Nirmala
Astro ria : Nada Cinta, Kemilau CInta Karmila

And, banyak lagi tak tau lah..

Lepas tu dah wujud astro bintang khusus untuk Indonesia…

Apa ni? Rakyat Malaysia memang suka cerita yang meleret leret macam ni atau kita ada share dengan Indonesia?
Entah ada entah tidak cerita melayu kat Negara jiran kita tu….

Okey, tak mahu gaduh dengan statement CikDee ni okey. Sebab cikDee ada baca kat fb yang kalau ada orang Indonesia buat apa apa kat fb, jangan komen!! Sebab ni Cuma taktik yahudi untuk buat Negara islam bergaduh sesame sendiri…

Eh, maknanya kita ni macam lemah la? Tak mampu nak lawan diorang? Walaupun di facebook?  Bukan, takpe kita tak kuat di mata diorang asalkan kita tak dapat dosa sebab cari pasal. Lagipun, tunjukkan je kat diorang yang kita ni memang berfikiran harmoni, tak mau gaduh gaduh… 

Tak pedulikan pun apa yang diorang buat and Negara harimau muda ni terus kuat bergantung satu sama lain.. Okey?

Dok kutuk kutuk, muka muka Negara dia bersepah jugak kat Negara kita. Tak kenang dek untung ke ye?? 





Love lala ;*

Manners and Courtesy

Hey all !!!
Eh, orang zaman moden ni memang dah tak ada adab ke? Memang la CikDee ni bukannya orang yang beradab sangat, tapi CikDee masih boleh lagi berfikir dengan bijak.

Story morry :
 CikDee dah janji bagi topi yang CikDee kait hari Rabu. Tapi time tu CikDee tengah dalam proses nak pindah . Busy la jugak . J
Okey, si N ni maybe kecewa sikit la. Dia datang rumah CikDee seperti yang dijanjikan tapi awal sikit. Memang topi tu belum siap. Ok, fine, dia bayar and esok kawan dia datang ambil. Tapi esok CikDee pindah? Okey takpe, datang pagi pagi CikDee tunggu.

Tup… Tup…

Lori dah sampai. Eh, dah pukul 9.30 tak ada lagi?? Janji pukul 8.00 .

Tup.. Tup..

CikDee pun dah bertolak pindah… Bye bye *****

Malam tu CikDee rasa macam nak demam. Selsema teruk sebab kene habuk. Aduh, hati pun rasa tak sedap.. Lepas tu CikDee cek hp, ad meseg dari si N. Ada 3.

Meseg nya berbunyi begini . eh, bertaip begini J :

“Wey, mana topi? Aku dah bayar kan? Ko jangan wat camni douh, ko ni tipu la. Aku dah bayar kan!!”

Lebih kurang la sebab CikDee baca sekilas je.. Hehe . Aii, siap kata CikDee ni penipu lagi. 

CikDee balas :
“Eh, kau kata R nak dating rumah aku kan, aku tunggu dia  tak datang pun?”

CikDee minta maaf la kat dia sebab salah CikDee tangguh kan pembikinan topi tu. Tapi Tanya la elok elok. Salah member dia jugak tak datang. Tapi member dia maybe malu kot. Okey, bagi alamat CikDee postkan topi tu..

BERSURAI..

Eh, wait!!


Ada scene 2 lah…
Lepas beberapa hari, maybe 4, si N meseg CikDee lagi…

“ Salam.. aq nak ko post topi tu esok. Kwn aq da bising da topi tk sampai2 lagi. Ingat tau , aq nak ko post esok!! Kata pjbt post dkt ngn area umh ko. Post esk!!”

Ni nak marah nie.. takpe takpe.

CikDee balas : “ko igt post boleh smpai dlm skelip mata?”

Pendek je kan CIkDee jawab. Alaa, ambil point dah lah.. Kan dah malu sendiri, tak boleh ke dia tanya dah post ke belum, bukan suruh CikDee pergi post. And dengan lebih sopan lagi bercakap tu. CikDee Ingat nak maki je, tapi sebab kawan and customer, LUPAKAN! Nanti buruk la reputasi… Haha
Kalau CikDee dah post barang tu, and dia suruh post esok, apa nak buat dejavu la?

                            ……….~………~………~……….~………~………..~………~………….~……………~…………..

Okey kawan lu yang tersayang. Korang jangan jadi macam tu ok. Fikir la perasaan orang lain jugak. Jangan main serbu je, sebab kulit muka manusia ni bukan tebal sangat.. Lagi pun, adab memang sangat penting kan dalam apa apa hal sekalipun.

Budi bahasa budaya kita….~



Lala love ;)

November 23, 2011

What Up ???

Hello Hello Hello !!!

Hey uolls, CikDee baru pindah lah tempat baru lah!! Etakat ni, semua ok lagi kot. Erm, tak tau lah esok oesk macam mana.

Huhu, saje je post benda nie.. Tak ada motif lansung! Korang semua sihat tak? Haha CikDee pun sihat , alhamdulillah...

Korang pernah dengar tak vlogging?? Ye ke ye?

Erm, CikDee teringin la nak try buat. Lepasni tak payah penat penat nak taip tai lagi kan?

Ok, da!!