November 29, 2011

Hana vs. Yuna




Assalamaualaikum…

Hey, baruu balik jalan jalan la kita… Eh, tadikan Cikdee nampak ramai Hana Tajima (HT) kat Bandar. Eh, macam mana pula HT boleh ada banyak? Oh, rupanya orang yang berstyle sama macam dia.. Aiseyh, come on la. Make your own style. Kesian HT asyik masuk mesin fotostat je buat copy. Please…

 Tiru tudung or salah satu dah la. Jangan lah transform semua badan korang to HT.  Menyampah tahu? Korang nak buat boria ke?

Atau, wujud HT die hard fans ek? :O

Hey, HT tu lawa, yang Cikdee nampak? :P

Yuna pun dah tukar style . Tak cool lah, ramai dah jadi dia. Kesian dia .



Make your world. J

Facebook


Hai..

Cuba buka profile ni dekat facebook korang : (http://www.facebook.com/profile.php?id=100002513894624&sk=wall) and .. view la.. adoi

Ish, memang kaki maki ek perempuan nie? Ayat boleh tahan.. Tapi kenapa dia memaki? Mungkin dia memang macam tu kot.. Hey, korang baca  tak orang pun memaki dia jugak? Orang tu nak nasihat dia sebenarnya..

Ok, kalau kita nak nasihat orang, baik baiklah sikit. Jangan lah memaki, kene maki, siapa tak marah? Korang tak rasa ke korang pun sama je buruk macam Bainun tu? Kalau rasa diri tu tak layak nak nasihat orang and tak ada kesabaran dalam diri tu, atau perasan cari lah orang yang lebih pakar.. 

Atau orang yang memang bertanggungjawab and reti nak nasihat nasihat orang.

Korang share profile tu untuk orang lain baca. Dalam tu ada komen kau maki Bainun. Eh, tak fikir ke? Orang pun akan anggap korang perasan bagus and suka mencarut. Please la. Berhentilah judge orang dengan pandangan korang yang macam orang cetek akal. Macam kene rasuk. Berdosa tau maki orang and mencarut. Korang fikir korang baik, tegur dia.. Tapi sebenarnya tengah tambah dosa mencarut. Tak sedar ke? Syok sendiri?

Ok, setakat tu je.. CikDee pun dah mengutuk korang . hish

Made In Indonesia


Hai semua cinta hati saya ..

Korang ada tak tengok iklan cerita baru tajuk MINI made in Indonesia. Hai,, apa ni?

TV3
2pm : Puteri yang Ditukar.
4pm: Jom rileks Indonesia.
Hari jumaat . Hidayah made in Indonesia juga.

TV9
5.30pm ; Lagu Cinta Nirmala
Astro ria : Nada Cinta, Kemilau CInta Karmila

And, banyak lagi tak tau lah..

Lepas tu dah wujud astro bintang khusus untuk Indonesia…

Apa ni? Rakyat Malaysia memang suka cerita yang meleret leret macam ni atau kita ada share dengan Indonesia?
Entah ada entah tidak cerita melayu kat Negara jiran kita tu….

Okey, tak mahu gaduh dengan statement CikDee ni okey. Sebab cikDee ada baca kat fb yang kalau ada orang Indonesia buat apa apa kat fb, jangan komen!! Sebab ni Cuma taktik yahudi untuk buat Negara islam bergaduh sesame sendiri…

Eh, maknanya kita ni macam lemah la? Tak mampu nak lawan diorang? Walaupun di facebook?  Bukan, takpe kita tak kuat di mata diorang asalkan kita tak dapat dosa sebab cari pasal. Lagipun, tunjukkan je kat diorang yang kita ni memang berfikiran harmoni, tak mau gaduh gaduh… 

Tak pedulikan pun apa yang diorang buat and Negara harimau muda ni terus kuat bergantung satu sama lain.. Okey?

Dok kutuk kutuk, muka muka Negara dia bersepah jugak kat Negara kita. Tak kenang dek untung ke ye?? 





Love lala ;*

Manners and Courtesy

Hey all !!!
Eh, orang zaman moden ni memang dah tak ada adab ke? Memang la CikDee ni bukannya orang yang beradab sangat, tapi CikDee masih boleh lagi berfikir dengan bijak.

Story morry :
 CikDee dah janji bagi topi yang CikDee kait hari Rabu. Tapi time tu CikDee tengah dalam proses nak pindah . Busy la jugak . J
Okey, si N ni maybe kecewa sikit la. Dia datang rumah CikDee seperti yang dijanjikan tapi awal sikit. Memang topi tu belum siap. Ok, fine, dia bayar and esok kawan dia datang ambil. Tapi esok CikDee pindah? Okey takpe, datang pagi pagi CikDee tunggu.

Tup… Tup…

Lori dah sampai. Eh, dah pukul 9.30 tak ada lagi?? Janji pukul 8.00 .

Tup.. Tup..

CikDee pun dah bertolak pindah… Bye bye *****

Malam tu CikDee rasa macam nak demam. Selsema teruk sebab kene habuk. Aduh, hati pun rasa tak sedap.. Lepas tu CikDee cek hp, ad meseg dari si N. Ada 3.

Meseg nya berbunyi begini . eh, bertaip begini J :

“Wey, mana topi? Aku dah bayar kan? Ko jangan wat camni douh, ko ni tipu la. Aku dah bayar kan!!”

Lebih kurang la sebab CikDee baca sekilas je.. Hehe . Aii, siap kata CikDee ni penipu lagi. 

CikDee balas :
“Eh, kau kata R nak dating rumah aku kan, aku tunggu dia  tak datang pun?”

CikDee minta maaf la kat dia sebab salah CikDee tangguh kan pembikinan topi tu. Tapi Tanya la elok elok. Salah member dia jugak tak datang. Tapi member dia maybe malu kot. Okey, bagi alamat CikDee postkan topi tu..

BERSURAI..

Eh, wait!!


Ada scene 2 lah…
Lepas beberapa hari, maybe 4, si N meseg CikDee lagi…

“ Salam.. aq nak ko post topi tu esok. Kwn aq da bising da topi tk sampai2 lagi. Ingat tau , aq nak ko post esok!! Kata pjbt post dkt ngn area umh ko. Post esk!!”

Ni nak marah nie.. takpe takpe.

CikDee balas : “ko igt post boleh smpai dlm skelip mata?”

Pendek je kan CIkDee jawab. Alaa, ambil point dah lah.. Kan dah malu sendiri, tak boleh ke dia tanya dah post ke belum, bukan suruh CikDee pergi post. And dengan lebih sopan lagi bercakap tu. CikDee Ingat nak maki je, tapi sebab kawan and customer, LUPAKAN! Nanti buruk la reputasi… Haha
Kalau CikDee dah post barang tu, and dia suruh post esok, apa nak buat dejavu la?

                            ……….~………~………~……….~………~………..~………~………….~……………~…………..

Okey kawan lu yang tersayang. Korang jangan jadi macam tu ok. Fikir la perasaan orang lain jugak. Jangan main serbu je, sebab kulit muka manusia ni bukan tebal sangat.. Lagi pun, adab memang sangat penting kan dalam apa apa hal sekalipun.

Budi bahasa budaya kita….~



Lala love ;)

November 23, 2011

What Up ???

Hello Hello Hello !!!

Hey uolls, CikDee baru pindah lah tempat baru lah!! Etakat ni, semua ok lagi kot. Erm, tak tau lah esok oesk macam mana.

Huhu, saje je post benda nie.. Tak ada motif lansung! Korang semua sihat tak? Haha CikDee pun sihat , alhamdulillah...

Korang pernah dengar tak vlogging?? Ye ke ye?

Erm, CikDee teringin la nak try buat. Lepasni tak payah penat penat nak taip tai lagi kan?

Ok, da!!

August 3, 2011

Girly

Hey girls out there.

Korang rasa gelak kuat kuat korang tu sweet and manja ke? Sorry, mengganggu umum okey!! Tak payah lah ingat orang akan tertarik nak tengok . Nak tarik perhatian supaya orang tau kewujudan korang kan? Memang dapat perhatian. Siapa yang tak tengok kan? Mesti nak tengok siapa yang annoying gila tu? Menyampah . Tak payah macam tu, korang akan dapat perhatian punya. Try to be yourself, and someone will magneted by u.

Nak gelak kuat konon, fikir lah sendiri kenapa tak dapat perhatian. Mesti ada yang tak elok kan korang kan? Dok tarik perhatian macam suruh orang tengok lagi . Pergi ubah dulu. Hahahaha

Memang tertarik and menarik la. Tertarik nak mengutuk, menarik ke naraka. :P

Wanita

Terdapat empat jenis wanita di atas muka bumi ini :


Yang pertama...,

Susah dekat . Susah dapat

Bila korang kenal dengan seorang perempuan ni, phui! Bukan main payah lagi nak "Say Hey!!" . Bila dah kawan, dah suka nak ajak bercinta pulak kan. Phui, bukan main payah nak dengar "I DO!!!"

Susah dekat . Senang dapat

Eceyh, nak balas balas Hey, Hai, sombong. Bila dah kenal sehari "I DO!!"

Senang dekat . Susah dapat

AwwW, i love this. Alah, nak berkawan, dengan siapa siapa pun boleh. Tapi, kalau si jejaka new-cake-fromplusplusdegree-oven, jangan perasan nak dapat okey.

Senang dekat . Senang dapat


Erm, fikir sendiri kot..








Lovely day <3

July 30, 2011

Lelaki vs Wanita

Hari tu CikDee nampak ada seorang lelaki ni, hai hai kat seorang perempuan.. Lepastu perempuan tu stop then borak borak dengan si lelaki. Keluarkan handphone and tukar number.

Ikhlas ke?

Ok. Mungkin lelaki tu nak kawan je, jadi tak kisah lah ikhlas ke tak kan. Tapi selalunya, lelaki ada ke tegur orang yang tak dikenali untuk berkawan? Semestinya tidak. Lelaki akan tegur classmate mereka atau yang dikenali sahaja. Berdasarkan pemrhatian selama setahun ya. Jadi, ikhlas ke?

   ~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~


Perempuan, mestilah jual mahal kan. Tapi, untuk cikaro2 di luar sana tak payah baca ya. 

Macam CikDee jugak, memang mahal okey. Kalau orang tegur tegur, CikDee tak kenal takkan la nak balas pulak kan. Lepas tu kalau tak dapat respon, terus blah kan? 

Nampak sangat bukannya nak kawan, nak keseronokkan je. Kalau dia betul betul ikhlas nak kawan, mesti kejar kita kan? 

For that type of boy, mereka cuma nak ajak main2 aje.. Kalau orang jual mahal, kenapa terhegeh hegeh kan? Lebih baik cari yes girl.


Bulan lepas CikDee pergi jalan jalan dengan sepupu CikDee, lelaki. Dah la jalan dengan CikDee, nak pergi tegur tegur orang perempuan pulak. CikDee marah ah dia kan, buat malu je. Buat perempuan macam hina, macam tikus. Nak tahu tak jawapan dia apa?

=Kalau budak tu layan, maknanya "blacklist". 

Wah.. Jadi jangan la nak perasan orang tegur tu tanda suka okey. Tapi takkan la orang nak layan di, dia kan tengah jalan dengan perempuan lain, CikDee?

Tapi kenapa orang barat boleh je jumpa orang, tegur? Tak nampak pulak macam gatal?

Tak payah la, diorang tu bukan orang melayu, lain tau! Boleh mendatangkan persepsi oleh orang luar.
Kalau dorang gatal sekalipun, boleh main sukahati je tau. Bukan nye dorang kesah. 


Fikir ok.

Tak der title lah kwn...

Terlalu banyak bahasa singkatan yang digunakan oleh rakyat Malaysia sekarang nie. Adakah bahasa Melayu akan pupus dan bertukar kepada BHS SGKTN? Adakan rakyat Malaysia juga akan berbcara secara singkat seperti:

- "Ko nak gi ner?"
- "Ko gle ke pe?"

Bagaimana nak menyokong bahasa kebangsaan kita jika bahasa kita seperti ini?

Ya, benar.. Panjang sangat nak tulis dalam meseg. Makan huruf, naik seposen. Kan?? Atau anda semua yang terlalu malas nak menaip? Atau anda semua memang tidak menyokong bahasa kebangsaan kita?

Pembaca pembaca sekalian,

Selain itu, mengubah ejaan sesuatu perkataan. Seperti:

- "Ko giler ke apew?"
- "Tpy aq mmg giler"

atau ayat sebenarnya

- "Kau gila ke apa?"
- "Tapi aku memang gila"

Sebenarnya perkara ini terlalu bahaya jika kita renung renungkan.. Sekiranya anda semua tertulis perkataan ringkas sebegitu di dalam peperiksaan? Tak ke markah result korang nanti rendah.

Erm, takkan tertulis punya? Dah yakin sangat dah? Dah pergi tengok masa depan ke?


Fikir fikir kan,
Renung renungkan lah...

April 11, 2011

Hello..

Pelik la CikDee kenapa orang suka sangat nak bertubuh kecil atau pun bantut? Hey, jangan ingat korang bantut korang comel k. CikDee ni tinggi sikit dari member member CIkDee. Sebab tu nampak aneh sikit. Tapi CikDee lagi suka tnggi sekarang dari nanti. Kalau tinggi sekarang jamin kebaikan nanti tua, masa yang lebih lama dari sesi persekolahan. Kalau tinggi sekarang, tak payah nak risau risau nanti dah tua, nak minta kerja pun tak adalah bagi konfius umur kat penemuduga. Kalau kecil, memang la kita akan lebih tinggi nanti, tapi kalau tak tinggi tinggi? Kan dah susah nak suruh orang tarik kaki. Kalau CIkDee pergi rumah orang, selalu makcikmakcik buat muka beruk nak terberak bila CikDee bagitau umur.

Makcik : "Besarnya,, makan apa?"
CikDee : "Makan dinosaur.. Tak pe, boleh jadi model."
Makcik : (bengang)

Haha. Bodoh sangat tanya makan apa. Tak tengok pulak saiz anak dia bak cacing tu. Macam tak cukup makan kata mak CikDee. Lagi malu kalau orang ingat kita tak cukup makan. Kalau terlebih makan tak apa. Mewahhhh... Kalau orang pelik dengan saiz kita time sekolah takpa, sekolah bape tahun je. Cuba bayang kalau kita dah kerja, orang tanya umur berapa.

(bantut)
Makcik : Umur berapa? 
Bantut  : 25, dah keje.
Makcik : Kecik nya.. ingat kan budak budak lagi.

Kalau macam ni tak pe lah

Makcik : Umur berapa?
Orang: 25. dah keje.
Makcik : oh yeke? mudanya...

Haha

(Kalau tinggi)
Makcik : Umur berapa?
Orang : 25, dah kerja
Makcik : Ohhhh....

Kan senang?  CikDee suka fikir masa depan. Haha kalau orang tengok pun, tak was was nak mengorat. Haha

Masa depan tu. Untuk bina masjid...


--> Saiz sedang je lah...


Peacececece <3


Bye bye bye

Salam..

Tadi waktu online fb CikDee, CikDee buka lah satu page sepupu member CikDee. Korek punya korek jumpa lah satu fb ni.. Tuan empunya fb tu ex-schoolmate CikDee dulu. Geram betul lah CikDee dengan dia. Dia nie kuno punya orang. Myspace pun CikDee ajarkan. Baca je lah arahan, macam susah sangat.. Dulu CikDee ada story morry dengan dia kata ada orang kata CikDee pelik. Pastu selang beberapa hari tu, ada notifications kat fb CikDee bagitau dia dah tukar "ABOUT ME" dia. CikDee pun buka lah. CikDee memang suka sibuk sibuk hal orang nie. CikDee baca. Amboi amboi amboi... Ada pulak lah orang kata dia tu pelik.. Eh, tak cerita kat CikDee pun? CikDee bakoo kang. Kalau tak cerita pun, kenapa mesti orang tu cakap dia pelik selepas sesi borak borak CikDee dengan dia? Kebetulan kot.. And satu lagi, tetiba je nak suka benda yang pelik tapi cute. Oke takpa, dia nak rasa macam mana jadi pelik kan.. Oke sayang, u memang pelik., Perangai u yang pelik. Buat i pelik . Sangsi tau? U bukan nya alien kan? Atau pun mesin photostat? Boleh copy mengopi nie? Dia fikir sangat hebat jadi orang pelik nie.. Macam mana ya nak terang kan. Hmph!! Member CikDee cakap CikDee ni sophisticated. CikDee harap awak bukan. Tak payah nak rampas title CikDee dapat nie. Buat perangai sendiri, nanti dapat la title apa apa pun. Kau kan lapar bertitle. CikDee tak bkebulur title pelik tu..

CikDee geram bila dia suka sangat membandingkan dia dengan CikDee. Pastu apa yang dia kurang, mesti nak merajuk. Di suatu petang yang redup, CikDee story morry strawberi naik lori dengan dia yang ada orang bagi CikDee rantai. Dia ingat Bf CikDee yang bagi. Haha, padahal mak CikDee yang bagi. Tak menipu kan? Siapa suruh dia salah faham. Tup Tup dia pulak cerita dapat pakwe and pakwe dia nak bagi rantai emas kat dia . Kenapa CikAbang tak bagi kereta lotus? Boleh lah CikAdikSayang nak menunjuk. Tak payah nak tunjuk orang dah nampak. Boleh CikAdikSayang berjalan sambil kembang kempis? CikDee dah geram, CikDee cakap budak sekolah depan sekolah kita nak nombor CikDee. Haha, dia tak berani nak tiru sebab dia tahu CikDee otak geliga. Takut masuk peragkap. CikDee berani buat sebab CikDee ada macam macam plan... Bukan nya otak kosong macam member member CikDee semua tu. LEMBAB. Sejak buat fb, naik sekolah menengah CikDee tengok dia ni dah maju sikit. Bertambah pulak perangai "pelik dia tu". Teruk nya lah. Alahai,,

Act, budak budak kat sekolah CikDee yang konon hot tu, macam Si Safira tu.. kuno. Konon je lebih. Hek eleh, nak lawan dengan CikDee konon. Kat sekolah CikDee heran apa. Tengok ranking kat luar la.. Bukan nak bangga ke apa.. Saiz macam pokok tak cukup air nak besar. Orang orang ingat kau tu budak kecik tau? Gambar dalam fb pun style style lama lagi. Jangan ingat CikDee ni low standard sangat. Kat sekolah memang CikDee low profile. Buat apa nak over over, CikDee datang nak belajar. Bukan nak jadi ratu cantik atau ratu hot baru keluar oven. Air yang tenang jangan disangka tiada CikDee tahu. Bukan macam kau, ada kau je, nampak sangat sebab air pun tak tenang. 

Yang kat atas tu semua cerita lama, saja CikDee nak cerita balik sebab teringat. Jadilah orang yang berpendirian. Ukur baju di badan sendiri kang tak muat susah nak repair balik. Sukakan berfikir dan survey menyervey ye.


SAYANG KAU <3
xoxo                                                                           

April 10, 2011

Huhh..

Salam..


Penat nya CikDee nak tunggu dia. Asyik busy je.. Hari tu, macam nie. Sekarang macam ni pulak. Busy je.. Busy je.. Busy lagi. Tapi lepas ni tak tau lah macam mana. Haraplah tak busy dah., Penat tau, penat? CikDee takut pasni CikDee pulak yang busy. Hahha ni pembuka kata je..


Sekarang CikDee kena buat kerja sejarah pulak. Susah tau. Bukan nya CikDee ni pemalas asyik fikir susah, tapi memang susah. Nak kena cari berita pasal tempat CikDee, nak temuramah.. Nak minta tolong ayah n mak CikDee bukan nya selalu senang. CikDee tak reti bawak motor. Kereta tau lah, dalam mimpi. Nak temuramah, kene plan dulu, nak call dulu tetap masa. Masa bagi singkat pulak tu. Seminggu. Nak buat video, nak siapkan masukkan dalam file, nak tampal ish banyak kerja. CikDee pun ada kerja lain nak buat., Homework, study lagi, online facebook, nak meseg2 lagi.. Hish.. Haha main main je.. Tapi pelajar mana yang tak busy? Darjah satu pun CikDee tengok dah stress. Patutlah bunuh diri muda. SEKOLAH HARUS DITUTUP. Haha, tak pe lah. Pengorbanan untuk jadi orang yang berjaya kan.. CikDee ada cita cita jugak. Jangan nak hina CikDee lah kalau kau tu CIKARO okeh. Huh! =,='.


Berusaha, CikDee ! !! !!!



Senyum senyum senyum
Senyum senyum


Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa


Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina


Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini


Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit



Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan



Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini


Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse


April 8, 2011

Clumsy dan Got To Go



You know this ain't the first time
This has happened to me, this love sick thing
I like serious relationships
And a girl like me don't stay single for long

'Cause every time a boyfriend and I break up
My world is crushed and I'm all alone
The love bug crawls right back up
And bites me and I'm back


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Suicide

Suicide atau bunuh diri memang popular kan kat dalam paper sekarang? Sampai yang masih muda mudi, dah ada yang bunuh diri..

Selalu bunuh diri sebab baru clash dengan balak tersayang. Senang lah kan kita cakap ek eleyh membazir je bunuh diri sebab putus cinta. Kan banyak lagi jantan kat luar sana? Tapi kawan kawan CikDee yang superb, kita tak tahu apa yang mereka rasa sampai tak boleh berfikir dengan rasional.. Jadi jangan lah buat spekulasi yang mengada ngada.

Lain kali, kalau bercinta bawah umur, simpan sikit rasa benci. Jangan bagi semua benda berharga yang kita ada . Kalau tak menyesal tak sudah lah. Tapi kalau nasi dah jadi bubur, bertaubat je.. Tu je lah jalan yang ada.
Tapi tak baik kita hancur kan hati orang sebab selfish macam kapel tapi main sana main sini sebab tak cinta sepenuh hati.. Kalau bf/gf dah cinta mati dengan kita. Kang dia pulak yang bunuh diri.

Pandai pandailah jaga diri..

I LOVE U <3

(Jangan nak senyum kontrok comel lah. Tunjuk lesung pipit kepit pipi tu...)


Bye bye<3

10 things about CikDee

1) CikDee suka warna moss green atau hijau lumut dan putih . aww <3

2) CikDee tak suka tempat ramai orang

3) CikDee suka perhatian. Haha . Hanya perhatian dan bukan nombor telefon ya

4) CikDee sombong

5) CikDe tak suka orang pegang pegang terutama lelaki . CikDee tak perlu dipimpin tangan dan pandai
    berjalan dengan sendiri .

6) CikDee suka ais-krim . snapping n shopping

7) CikDee suka buat kek. Antaranya : kek bintat . kek pahit dah kek keras . Favourite tu

8) CikDee pandai mengait

9) CikDee jalan senget senget sikit dan laju . Shh CikDee tak tempang lah

10) CIkDee suka bunga.



Haha, enjoy lah oke.

Jalan - Jalan

Salam..

Hey! Hey! Hey!

Aiseyh.. Dah lama tau CikDee tak hangout. Sejak pindah bulan 2 haritu.. Erm biasa lah dah masuk kawasan pedalaman sikit. 120km nak pergi Kuantan. 60km nak pergi Segamat. Apa aje yang ada kat Segamat tu? Ye lah, CikDee tau lah siapa suruh taknak masuk Asrama Sekolah Tinggi Kluang?? Daripada CikDee dok situ lama lama baik blah. Bodoh.

Cikgu HEM (Kassim bin Shariff) kat sekolah tu tak sedar diri tau. Bebudak ramai bengang dengan dia tak sedar sedar lagi. Memang perasan lah. Ada pulak dia tuduh CikDee n kawan CikDee nak buat benda tak baik? WHAT THE HELL lah. Lepas tu nak nasihat nasihat depan orang, fikir lah sikit . Orang dok tanya tanya, kang CikDee bukak cerita kang.. Oke nak saman CikDee lah tu kan lepas ni. Nak suruh parents datang sekolah untuk sign buku rekod, kalau tak datang tak boleh dapat biasiswa. Memang lah CikDee tak dapat tapi nak bela lah nasib siapa yang dapat tu. Apa hak kau untuk tarik biasiswa? Kalau parents memang tak boleh nak datang tak kan sanggup kene pecat semata mata nak tatap muka kau? Jadi cikgu tapi bodoh. Pelik tau pelik? Nasib baik lah awak tu cikgu, CikDee kene hormat. CikDee hormat semata mata kerana takut CikDee conteng arang kat muka mak ayah CikDee je tau n pada status awak tu apa. Nanti orang kata mak ayah CikDee tak pandai didik anak n CikDee ni kurang ajar pulak. CikDee ingat nak buat format text ni small tapi CikDee sendiri tak boleh baca lah...

Oke CikDee dah lari topik. Haha. Lagipun Cikdee dah blah kan, so CikDee chill je lah sekarang.

Berbalik pada topik asal, memang la tahun ni CikDee nak ambik exam penting. Tapi kalau duk rumah tak buat apa apa baik keluar jalan. Sama je dua dua , tetap tak baca buku. Kalau CikDee pegang buku kat tangan atau baca sambil jalan memang tak lah. CikDee hanya setia pada shopping mall n bukan buku. Tapi muka buku ya. Haha . asyik dok rumah aje, pening kepala CikDee ni tau. Ewah!! Tak pe tak pe, lepas exam tu nanti CikDee akan balas dendam. Jangan harap nak stay kat rumah. CikDee nak jalan je biar Malaysia bosan tengok muka CikDee n sampailah kaki CikDee marah suruh CikDee duduk. Eh? CikDee nak jalan bukan jalan jalan. Hahah


<3

... tit titt tit..