April 11, 2011

Hello..

Pelik la CikDee kenapa orang suka sangat nak bertubuh kecil atau pun bantut? Hey, jangan ingat korang bantut korang comel k. CikDee ni tinggi sikit dari member member CIkDee. Sebab tu nampak aneh sikit. Tapi CikDee lagi suka tnggi sekarang dari nanti. Kalau tinggi sekarang jamin kebaikan nanti tua, masa yang lebih lama dari sesi persekolahan. Kalau tinggi sekarang, tak payah nak risau risau nanti dah tua, nak minta kerja pun tak adalah bagi konfius umur kat penemuduga. Kalau kecil, memang la kita akan lebih tinggi nanti, tapi kalau tak tinggi tinggi? Kan dah susah nak suruh orang tarik kaki. Kalau CIkDee pergi rumah orang, selalu makcikmakcik buat muka beruk nak terberak bila CikDee bagitau umur.

Makcik : "Besarnya,, makan apa?"
CikDee : "Makan dinosaur.. Tak pe, boleh jadi model."
Makcik : (bengang)

Haha. Bodoh sangat tanya makan apa. Tak tengok pulak saiz anak dia bak cacing tu. Macam tak cukup makan kata mak CikDee. Lagi malu kalau orang ingat kita tak cukup makan. Kalau terlebih makan tak apa. Mewahhhh... Kalau orang pelik dengan saiz kita time sekolah takpa, sekolah bape tahun je. Cuba bayang kalau kita dah kerja, orang tanya umur berapa.

(bantut)
Makcik : Umur berapa? 
Bantut  : 25, dah keje.
Makcik : Kecik nya.. ingat kan budak budak lagi.

Kalau macam ni tak pe lah

Makcik : Umur berapa?
Orang: 25. dah keje.
Makcik : oh yeke? mudanya...

Haha

(Kalau tinggi)
Makcik : Umur berapa?
Orang : 25, dah kerja
Makcik : Ohhhh....

Kan senang?  CikDee suka fikir masa depan. Haha kalau orang tengok pun, tak was was nak mengorat. Haha

Masa depan tu. Untuk bina masjid...


--> Saiz sedang je lah...


Peacececece <3


Bye bye bye

Salam..

Tadi waktu online fb CikDee, CikDee buka lah satu page sepupu member CikDee. Korek punya korek jumpa lah satu fb ni.. Tuan empunya fb tu ex-schoolmate CikDee dulu. Geram betul lah CikDee dengan dia. Dia nie kuno punya orang. Myspace pun CikDee ajarkan. Baca je lah arahan, macam susah sangat.. Dulu CikDee ada story morry dengan dia kata ada orang kata CikDee pelik. Pastu selang beberapa hari tu, ada notifications kat fb CikDee bagitau dia dah tukar "ABOUT ME" dia. CikDee pun buka lah. CikDee memang suka sibuk sibuk hal orang nie. CikDee baca. Amboi amboi amboi... Ada pulak lah orang kata dia tu pelik.. Eh, tak cerita kat CikDee pun? CikDee bakoo kang. Kalau tak cerita pun, kenapa mesti orang tu cakap dia pelik selepas sesi borak borak CikDee dengan dia? Kebetulan kot.. And satu lagi, tetiba je nak suka benda yang pelik tapi cute. Oke takpa, dia nak rasa macam mana jadi pelik kan.. Oke sayang, u memang pelik., Perangai u yang pelik. Buat i pelik . Sangsi tau? U bukan nya alien kan? Atau pun mesin photostat? Boleh copy mengopi nie? Dia fikir sangat hebat jadi orang pelik nie.. Macam mana ya nak terang kan. Hmph!! Member CikDee cakap CikDee ni sophisticated. CikDee harap awak bukan. Tak payah nak rampas title CikDee dapat nie. Buat perangai sendiri, nanti dapat la title apa apa pun. Kau kan lapar bertitle. CikDee tak bkebulur title pelik tu..

CikDee geram bila dia suka sangat membandingkan dia dengan CikDee. Pastu apa yang dia kurang, mesti nak merajuk. Di suatu petang yang redup, CikDee story morry strawberi naik lori dengan dia yang ada orang bagi CikDee rantai. Dia ingat Bf CikDee yang bagi. Haha, padahal mak CikDee yang bagi. Tak menipu kan? Siapa suruh dia salah faham. Tup Tup dia pulak cerita dapat pakwe and pakwe dia nak bagi rantai emas kat dia . Kenapa CikAbang tak bagi kereta lotus? Boleh lah CikAdikSayang nak menunjuk. Tak payah nak tunjuk orang dah nampak. Boleh CikAdikSayang berjalan sambil kembang kempis? CikDee dah geram, CikDee cakap budak sekolah depan sekolah kita nak nombor CikDee. Haha, dia tak berani nak tiru sebab dia tahu CikDee otak geliga. Takut masuk peragkap. CikDee berani buat sebab CikDee ada macam macam plan... Bukan nya otak kosong macam member member CikDee semua tu. LEMBAB. Sejak buat fb, naik sekolah menengah CikDee tengok dia ni dah maju sikit. Bertambah pulak perangai "pelik dia tu". Teruk nya lah. Alahai,,

Act, budak budak kat sekolah CikDee yang konon hot tu, macam Si Safira tu.. kuno. Konon je lebih. Hek eleh, nak lawan dengan CikDee konon. Kat sekolah CikDee heran apa. Tengok ranking kat luar la.. Bukan nak bangga ke apa.. Saiz macam pokok tak cukup air nak besar. Orang orang ingat kau tu budak kecik tau? Gambar dalam fb pun style style lama lagi. Jangan ingat CikDee ni low standard sangat. Kat sekolah memang CikDee low profile. Buat apa nak over over, CikDee datang nak belajar. Bukan nak jadi ratu cantik atau ratu hot baru keluar oven. Air yang tenang jangan disangka tiada CikDee tahu. Bukan macam kau, ada kau je, nampak sangat sebab air pun tak tenang. 

Yang kat atas tu semua cerita lama, saja CikDee nak cerita balik sebab teringat. Jadilah orang yang berpendirian. Ukur baju di badan sendiri kang tak muat susah nak repair balik. Sukakan berfikir dan survey menyervey ye.


SAYANG KAU <3
xoxo                                                                           

April 10, 2011

Huhh..

Salam..


Penat nya CikDee nak tunggu dia. Asyik busy je.. Hari tu, macam nie. Sekarang macam ni pulak. Busy je.. Busy je.. Busy lagi. Tapi lepas ni tak tau lah macam mana. Haraplah tak busy dah., Penat tau, penat? CikDee takut pasni CikDee pulak yang busy. Hahha ni pembuka kata je..


Sekarang CikDee kena buat kerja sejarah pulak. Susah tau. Bukan nya CikDee ni pemalas asyik fikir susah, tapi memang susah. Nak kena cari berita pasal tempat CikDee, nak temuramah.. Nak minta tolong ayah n mak CikDee bukan nya selalu senang. CikDee tak reti bawak motor. Kereta tau lah, dalam mimpi. Nak temuramah, kene plan dulu, nak call dulu tetap masa. Masa bagi singkat pulak tu. Seminggu. Nak buat video, nak siapkan masukkan dalam file, nak tampal ish banyak kerja. CikDee pun ada kerja lain nak buat., Homework, study lagi, online facebook, nak meseg2 lagi.. Hish.. Haha main main je.. Tapi pelajar mana yang tak busy? Darjah satu pun CikDee tengok dah stress. Patutlah bunuh diri muda. SEKOLAH HARUS DITUTUP. Haha, tak pe lah. Pengorbanan untuk jadi orang yang berjaya kan.. CikDee ada cita cita jugak. Jangan nak hina CikDee lah kalau kau tu CIKARO okeh. Huh! =,='.


Berusaha, CikDee ! !! !!!



Senyum senyum senyum
Senyum senyum


Verse
Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit


Chorus
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa


Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina


Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini


Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit



Ulang Verse
Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan



Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini


Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse
Ulang Chorus
Ulang Verse


April 8, 2011

Clumsy dan Got To Go



You know this ain't the first time
This has happened to me, this love sick thing
I like serious relationships
And a girl like me don't stay single for long

'Cause every time a boyfriend and I break up
My world is crushed and I'm all alone
The love bug crawls right back up
And bites me and I'm back


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Suicide

Suicide atau bunuh diri memang popular kan kat dalam paper sekarang? Sampai yang masih muda mudi, dah ada yang bunuh diri..

Selalu bunuh diri sebab baru clash dengan balak tersayang. Senang lah kan kita cakap ek eleyh membazir je bunuh diri sebab putus cinta. Kan banyak lagi jantan kat luar sana? Tapi kawan kawan CikDee yang superb, kita tak tahu apa yang mereka rasa sampai tak boleh berfikir dengan rasional.. Jadi jangan lah buat spekulasi yang mengada ngada.

Lain kali, kalau bercinta bawah umur, simpan sikit rasa benci. Jangan bagi semua benda berharga yang kita ada . Kalau tak menyesal tak sudah lah. Tapi kalau nasi dah jadi bubur, bertaubat je.. Tu je lah jalan yang ada.
Tapi tak baik kita hancur kan hati orang sebab selfish macam kapel tapi main sana main sini sebab tak cinta sepenuh hati.. Kalau bf/gf dah cinta mati dengan kita. Kang dia pulak yang bunuh diri.

Pandai pandailah jaga diri..

I LOVE U <3

(Jangan nak senyum kontrok comel lah. Tunjuk lesung pipit kepit pipi tu...)


Bye bye<3

10 things about CikDee

1) CikDee suka warna moss green atau hijau lumut dan putih . aww <3

2) CikDee tak suka tempat ramai orang

3) CikDee suka perhatian. Haha . Hanya perhatian dan bukan nombor telefon ya

4) CikDee sombong

5) CikDe tak suka orang pegang pegang terutama lelaki . CikDee tak perlu dipimpin tangan dan pandai
    berjalan dengan sendiri .

6) CikDee suka ais-krim . snapping n shopping

7) CikDee suka buat kek. Antaranya : kek bintat . kek pahit dah kek keras . Favourite tu

8) CikDee pandai mengait

9) CikDee jalan senget senget sikit dan laju . Shh CikDee tak tempang lah

10) CIkDee suka bunga.



Haha, enjoy lah oke.

Jalan - Jalan

Salam..

Hey! Hey! Hey!

Aiseyh.. Dah lama tau CikDee tak hangout. Sejak pindah bulan 2 haritu.. Erm biasa lah dah masuk kawasan pedalaman sikit. 120km nak pergi Kuantan. 60km nak pergi Segamat. Apa aje yang ada kat Segamat tu? Ye lah, CikDee tau lah siapa suruh taknak masuk Asrama Sekolah Tinggi Kluang?? Daripada CikDee dok situ lama lama baik blah. Bodoh.

Cikgu HEM (Kassim bin Shariff) kat sekolah tu tak sedar diri tau. Bebudak ramai bengang dengan dia tak sedar sedar lagi. Memang perasan lah. Ada pulak dia tuduh CikDee n kawan CikDee nak buat benda tak baik? WHAT THE HELL lah. Lepas tu nak nasihat nasihat depan orang, fikir lah sikit . Orang dok tanya tanya, kang CikDee bukak cerita kang.. Oke nak saman CikDee lah tu kan lepas ni. Nak suruh parents datang sekolah untuk sign buku rekod, kalau tak datang tak boleh dapat biasiswa. Memang lah CikDee tak dapat tapi nak bela lah nasib siapa yang dapat tu. Apa hak kau untuk tarik biasiswa? Kalau parents memang tak boleh nak datang tak kan sanggup kene pecat semata mata nak tatap muka kau? Jadi cikgu tapi bodoh. Pelik tau pelik? Nasib baik lah awak tu cikgu, CikDee kene hormat. CikDee hormat semata mata kerana takut CikDee conteng arang kat muka mak ayah CikDee je tau n pada status awak tu apa. Nanti orang kata mak ayah CikDee tak pandai didik anak n CikDee ni kurang ajar pulak. CikDee ingat nak buat format text ni small tapi CikDee sendiri tak boleh baca lah...

Oke CikDee dah lari topik. Haha. Lagipun Cikdee dah blah kan, so CikDee chill je lah sekarang.

Berbalik pada topik asal, memang la tahun ni CikDee nak ambik exam penting. Tapi kalau duk rumah tak buat apa apa baik keluar jalan. Sama je dua dua , tetap tak baca buku. Kalau CikDee pegang buku kat tangan atau baca sambil jalan memang tak lah. CikDee hanya setia pada shopping mall n bukan buku. Tapi muka buku ya. Haha . asyik dok rumah aje, pening kepala CikDee ni tau. Ewah!! Tak pe tak pe, lepas exam tu nanti CikDee akan balas dendam. Jangan harap nak stay kat rumah. CikDee nak jalan je biar Malaysia bosan tengok muka CikDee n sampailah kaki CikDee marah suruh CikDee duduk. Eh? CikDee nak jalan bukan jalan jalan. Hahah


<3

... tit titt tit..


April 7, 2011

UBAT JIWA




Ada tak kawan kawan CikDee yang belum pernah tengok video tu? Kalau belum , TENGOK tau. Kalau dah? Apa pendapat korang?

Video nie sesuai ditonton =


a) Apabila baru putus cinta
b) Sengkek tak ada duit
c) Bila rasa stress
d) Baru kene pecat kerja
e) DLL

Boleh juga =


a) Apabila tengah gembira, untuk tambah lagi gembira
b) Apabila rasa nak karaoke
c) DLL


Video ni adalah umum dan sesuai ditonton seisi keluarga.
Paling sesuai untuk si veteren yang dah tak ada gigi.



Enjoyes<3

TNAKOY IRNEYL

                 
Taylor Kinney

Handsome lah. Handsome tak?  Er? Tak handsome? Haha tak apa tak apa semua orang ada pendapat masing masing . CikDee  menyampah dengan Edward Cullen/Justin Bieber. Oke? Adil lah tu...

Taylor act dalam Trauma tv2 hari Khamis jam 12.00 . Hie,.. tengok lah Taylor kalau bergerak lagi comel tahu.
Selain tu jugak, Taylor pun ada dalam The Vampire Diaries . . .


Siapa yang suka tengok citer tu mesti pernah tengok Taylor nie..






Oke, oke. Bye  bye!!




<3


April 6, 2011

My Immortal



I'm so tired of being here, suppressed by all my childish fears
And if you have to leave, I wish that you would just leave
Your presence still lingers here and it won't leave me alone

These wounds won't seem to heal, this pain is just too real
There's just too much that time cannot erase

When you cried, I'd wipe away all of your tears
When you'd scream, I'd fight away all of your fears
And I held your hand through all of these years
But you still have all of me

You used to captivate me by your resonating light
Now, I'm bound by the life you left behind
Your face it haunts my once pleasant dreams
Your voice it chased away all the sanity in me

These wounds won't seem to heal, this pain is just too real
There's just too much that time cannot erase

When you cried, I'd wipe away all of your tears
When you'd scream, I'd fight away all of your fears
And I held your hand through all of these years
But you still have all of me

I've tried so hard to tell myself that you're gone
But though you're still with me, I've been alone all along

When you cried, I'd wipe away all of your tears
When you'd scream, I'd fight away all of your fears
And I held your hand through all of these years
But you still have all of me, me, meI'

GERAM | GERAM

Salam..

Geram nya CikDee sekarang nie,,  Dah sehari CikDee tunggu meseg dia tapi tak balas balas pun? Kejap ada kejap tak ada. Tahu lah mungkin busy. Hurm...

CikDee tak nak lah marah marah sebab CikDee mestilah kene tanya dia dulu kan. Mana tahu ada kerja ke, kesian dia pulak kalau CikDee dah marah. Hurmm, oke CikDee sedar realiti sekarang macam mana. Jadi CikDee tak nak lebih lebih and tolong jangan lebih lebih kan CikDee k. Haha

Sebab dia la kita macam jauh jauh sikit. Ish, ruginya... kalau dapat undur masa saya lagi rela, seronok pilih awak tahu. :* .

Tak apa, sabar dulu.. Macam macam boleh jadi.

Awak!!  Tolong!!  Jangan annoying.


Bye bye

April 5, 2011

S . a . K . i . T K . e . P . a . L . a

........................................................................................................................




Huhu, CikDee selalu sangat sakit kepala. Macam tu lah muka CikDee bila sakit kepala. Haha. Kawan kawan CikDee semua macam mana? Ada tak yang sakit kepala macam CikDee jugak?  Sakit kepala pun ada macam macam jenis tau. Bukan nya buah atau jejaka idaman sahaja yang ada jenis jenisnya. 

Oke, meh sini CikDee cerita sikit.  

........................................................................................................................




Photo kat atas tu contoh contoh sakit kepala. Oke, yang kat bawah pulak CikDee letak penerangan.



SAKIT KEPALA DISEBABKAN KETEGANGAN. 



•  Sakit Jenis ini biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad         
   pada sebelah bahagian sahaja.

• Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari sehingga beberapa minggu dengan
   masa lega yang singkat di antara serangan. Walau bagaimanapun tahap keterukkannya
   mungkin berubah-ubah.

•  Menyerang pada bila-bila masa.

•  Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu ikatan kuat yang menekan, tetapi jarang
   sekali berdenyut-denyut dan tidak pernah disertai dengan demam.


 SAKIT KEPALA MIGRAIN
                                                                                                        
   •  Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka
       terlalu luas.

   •  Sakit dirasai disebelah bahagian sahajapada satusatu masa, tetapi mungkin merebak  
       ke seluruh kepala.

   •  Sakitnya berdenyutdenyut dan selalunya berlaku secara perlahanlahan dan menjadi
      lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau
      lebih lama.

   •  Sakit mungkin menyerang sekali dalam maasa beberapa hari atau beberapa minggu
      atau langsung tiada untuk beberapa bulan, Migrain biasanya berlarutan selaman
      beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.

    •  Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau
      sesetengah jenis makanan seperti coklat dan serinngkali disertai rasa loya dan muntah
      muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini. Sakit ini juga berlaku semasa
      haid.

    •  Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migraine 


SAKIT KEPALA BERTUMPU

•  Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur,
    manakala migraine tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita.

•  Sakitnya hanya mepiluti sebelah bahagina kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi       
   dibelakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.

•  Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.

•  Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan
    sehingga beberapa jam.

•  Sakir yang menyebabkan seseorang terbangun dariapda tidir dan berlaku beberapa kali
   sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti. Menyerang hampir pada waktu
   yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan.

•  Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan
   mata yang berair. 


KERADANGAN SINUS

•  Sakit yang biasanya bermulal semasa atau selepas demam selsema yang teruk,  
   terutamanya jika berlaku titis postnasal (pangliran lender berlebihan dari kawasan
   hidung ke dalam fariks) 

•  Sakit yang tertumpu pada satu kawasan tertentu pada muka atau kepala, dan menyerang
   dalam masa yang singkat.

•  Sakit yang teruk pada waktu pagi sebelum mukus (lendir) berpeluanuntuk mengalir
   keluar.

•  Sakit yang menjadi teruk apabila batuk, bersin atai menggerakkan kepala dengan tiba-
    tiba.

•  Sakit yang menjadi lebih teruk dengan pengambilan aokohol, perubahan suhu yang
   mendadak, semasa musim sejuk dan keluar dari bilik yang sejuk ke kawasan luar yang
   panas.

•  Mempunyai sejarah ëdemam hayí (rhinitis alergik) dan alahan 


Arteritis Temporal

  Sakit yang biasanya berlaku di kalangan warga tua yang berumur lebih daripada 50
    tahun

•  Sakit yang berkaitan dengan abhagaian kepala dan pelipis yang sensitive (mudah terasa
    sakit bila disentuh) dan sakit rahang.

•  Penglihatan terganggu

•  Sakit-sakit pada seluruh badan.

  Kemungkinan berkaitan dengan demam ringan yang berlaku sekejap sekejap.

•  Dikaitkan dengan penurunan berat badan pada sesetengah orang

•  Sakit kepala jenis ini dianggap sebagai kes kecemasa perubatan -  pesakit perlu dirawat
   di hospital dengan segera 



FAKTOR FAKTOR LAIN :

⇒ Demam selesema yang biasa, influenza.

⇒Demam yang disebabkan virus

⇒ Terlalu sedikit atau terlalu banyak tidur

⇒ Makanan seperti pemanis tiruan, pisang, minuman beralkohol, kopi, the, daging yang   
    telah diawet dan monosodium glutamate

⇒ Kecederaan pada kepala / posttraumatic

⇒ Berlaku jangkitan di kepala atau  leher

⇒ Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran

⇒ Keracunan

⇒ Kesan-kesan sampinagn daripada ubat-ubatan seperti Indomethacin, nitrat dan agen
    vasodilasi (agen yang menyebabkan salur darah menjadi lebih besar)

⇒ Perubahan hormon contohnya sindrom sebelum haid (PMS)

⇒ Tekanan

⇒ Gigi bernanah

⇒ Kesan-kesan akibat berhenti mengambil kopi, ubat-ubatan simpatomimetik atau
    Ubat ubatan lain

⇒ Kesan akibat berhenti dariapada mengambil dadah jalanan.

⇒ Pengambilan alkohol yang melampau


PENJAGAAN SENDIRI UNTUK MENGAWAL SAKIT KEPALA

•  Berehat dengan menutup mata dan menarik nafas  panjang-panjang dengan perlahan-
    lahan

•  Mandi

•  Tutup mata anda dengan kain basah

•  Cari penyebab atau pencetus sakit kepala anda dan cuba elakkannya.

•  Elakkan daripada mengambil makanan dan minuma yang boleh menyebabkan sakit
   kepala 

•  Minta bantuan seseorang untuk mengurut otot-otot yang tegang.

•  Makan ubat penahan sakit seperti Acetaminophen, ibuprofen atau aspirin untuk
    mengurangkan sakit kepala anda     

Antara herba yang biasa digunakan untuk merawat migrain atau sakit kepala  ialah pokok sembung 
blumea balsamifera) dari famili compositae. bahagianyang digunakan ialah daun dan bahagian atas bunganya.Sejenis bunga yang dipanggil feverfew atau nama saintifiknya chrysanthemum parthenium dari famili compositae juga sesuai dijadikan teh dan di minum dua kali sehari.Selain itu pokok lemuni atau nama saintifiknya vitex trifolia var negundo dari famili verbenaceae boleh digunakan dengan cara merebus enam sudu besar daunya yang telah dipotong halus  dan juga bunganya dengan 2 gelas air selama 15 minit. Air ini disejukkan dan ditapis untuk diminum setengah daripadanya dalam selang masa antara 3 hingga empat jam.


Daun turi juga berkhasiat untuk mengurangkan masalah sakit kepala. Caranya ialah dengan menyapukan daun yang sudahditumbuk ke kepala. Ia menyejukkan dan menghilangkan sakit kepala..

Rosemary atau nama saintifiknya rosmarinus offiicinalis  dari famili labiatae boleh dijadikan 
teh dengan cara merebus daunnya yang telah dikeringkan dan biarkan terendam selama 10 
minit sebelum diminum. teh ini tidah boleh diminum oleh pengidap epilepsi dan wanita 
hamil.St john's  wort  atau nama saintifiknya Artemisia vulgaris, juga dikenali dengan nama 
damong maria di filipina,


HUBUNGI DOKTOR JIKA :

•   Sakit kepala yang dikaitkan dengan kecederaan kepala

•  Sakit kepala yang paling teruk pernah anda alami dan menyerang tiba-tiba

•  Sakit kepala yang berlarutan beberap hari

•  Sakit kepala yang teruk pada waktu pagi dan tiada gejalagejala lain yang timbul

•  Sakit kepala yang sering berlaku

•  Sakit kepala yang teruk atau kuat menyerang tiba-tiba.

•  Sakit kepala yang semakin lama semakin teruk atau dikaitkan dengan masakah
   penglihatan, percakapan yang tidak jelas, maslaha menggerakan tangan dan kaki, atau
   masalah-masalah yang seumpamanya.

•  Sakit kepala yang dikaitkan dendan tidak diketahui penyebabnya seperti alahan atau
   sinusitis yang kronik.

•  Terdapat perubahan ciri-ciri sakit kepala yang luar biasa

•  Anda mungkin merasa anda mengidap arteritis temporal



Dah, tu saje.. Wah wah, penat tau CikDee nak olah balik benda nie. Sampai jadi air terjun CikDee. Hehe
Baca tau, dan guna petua tu untuk ubat sakit kepala korang!!




Sayang semua <3

April 4, 2011

Facebook

Hollo?



Haha, sekarang CikDee tengah online facebook. Borak punya borak dengan seseorang nie, sampai salah salah CikDee eja tiba tiba berhenti. Ish, peliknya. Apsal pulak nie. Jangan la pengsan lagi. Eh ke kau dah mati kering kat situ? Hello? Hello? Ok tak?


Lama sangat CikDee tunggu, tengok dia online lagi. Hurm, pastu CikDee nak im dia, la? Dah offline? Ish , facebook bila kene virus paria nie? Bangang lah, dah lah CikDee online semata mata nak check dia online ke tak. Semalam online, CikDee tunggu bila dia nak tegur? Hurr, CikDee tak tahan, terus off pc. Tak tegur pun, meletup tup tup tup hati CikDee nie. Dia jugak yang cakap tutttt . Tapi buat lain. Ym entah berapa kali CikDee on9 off9? Nak check. Hari ni kata, CikDee pulak yang tak online. Apa kes nie? Siapa santau kami ye tak bagi nak borak borak? Baik bagtau!! Haha main main je,. CikDee ada nombor phone dia tapi malu lah nak mesej . Nak call, sorry k, habis credit CikDee nanti. Mesej dia pun CikDee cover cover, malu tau!! Mana boleh bagitahu, tak boleh bagitahu CikDee cover macam mana, nanti dia tau, dapat detect CikDee cerita pasal dia . Takut nanti dia buka blog CikDee nie, baca nahas CikDee.




LOVE AROUND THE WORLD  <3

C . I . N . E . M . A

Salam.


Oke, semalam kat formspring CikDee, CikDee jawab satu soalan nie. Hurm, question of the day. Haha , bukan nya orang tnya ke...




" Would you rather watch a movie in the theater or at home? "



Oke CIkDee jawab, " watch a movie in the theater " .



Haha, nak tau kenapa CikDee jawab macam tu? Sebab kat theater or cinema or apa apa je yang ada ramai orang, CikDee dapat tengok dua movie tau. Haa, pelik kan? Hebat tak CikDee nie?
Haha, korang tu tak sedar, korang pun sama lah, unless kalau korang yang act dalam movie kedua tu. haa, faham dah maksud CikDee?



B . A . C . K

Hai!!


CikDee baru pindah sekolah tahun nie. Ye, CikDee masih sekolah lagi. Hurm, faham fahamlah kalau budak baru nie. Kene sesuai kan diri. Tak boleh sombong sombong. Orang pun belum kenal kita lagi.


Ramai yang mengumpat CikDee . Kata CikDee nie sombong., apa lah . Hisyh . Tapi memang la ada sikit, sebab CikDee nie tak suka kawan kawan sangat. Kat mana mana CikDee sekolah pun, asyik dengar je, CikDee pun dah biasa. Tapi tak nak lah marah marah sebab CikDee tau ni salah CikDee sendiri . Siapa suruh CikDee sombong kan? Padan muka., haha . BOO CikDee sikit. Berjalan muka tak nak riak lagi kan. CikDee tak ramai kawan. CikDee akan cari yang rapat n dengan dia je lah CikDee akan kawan. Tapi yang lain pun kawan juga. Cuma Biasa biasa je. CikDee suka diam aje, bukan nya pemalu k. Haha. tapi cikdee tak suka campur dengan orang. Sebab tu kot nampak macam sombong. Tapi, kalau CikDee campur dengan orang, akan bertambah ramai, mulalah start nak ngumpat ngumpat orang nie. Ish, sorry . Tu bukan CikDee.


Tentang mengumpat pulak, kalau ada rasa tak puas hati dengan CikDee, bagitahu CikDee k. tak pe, CikDee tak marah pun. CikDee lagi suka. Tapi sesetengah orang tak boleh terima kan? Tak pe, CikDee faham tu. Apa yang korang tak puas hati, mesti sesuatu yang tak baik CikDee dah buat. Hurm, bagitau CikDee, Kalau betul CikDee salah, CikDee boleh berubah. Korang pun tak kan sakit hati lagi. Asyik cakap belakang, orang pun akan pandang serong kat CikDee. Padahal dia sorang je yang bermasalah dengan CikDee. Kalau macam tu, CikDee sendiri akan naik hantu. Tolong ya,


Mengumpat pun buat dosa. :D



Sayang CikDee .