April 5, 2011

S . a . K . i . T K . e . P . a . L . a

........................................................................................................................




Huhu, CikDee selalu sangat sakit kepala. Macam tu lah muka CikDee bila sakit kepala. Haha. Kawan kawan CikDee semua macam mana? Ada tak yang sakit kepala macam CikDee jugak?  Sakit kepala pun ada macam macam jenis tau. Bukan nya buah atau jejaka idaman sahaja yang ada jenis jenisnya. 

Oke, meh sini CikDee cerita sikit.  

........................................................................................................................




Photo kat atas tu contoh contoh sakit kepala. Oke, yang kat bawah pulak CikDee letak penerangan.



SAKIT KEPALA DISEBABKAN KETEGANGAN. 



•  Sakit Jenis ini biasanya dirasai dibelakang kepala dan leher dan biasanya tidak terhad         
   pada sebelah bahagian sahaja.

• Sakit mungkin berlarutan selama beberapa hari sehingga beberapa minggu dengan
   masa lega yang singkat di antara serangan. Walau bagaimanapun tahap keterukkannya
   mungkin berubah-ubah.

•  Menyerang pada bila-bila masa.

•  Kesakitannya selalu digambarkan seperti satu ikatan kuat yang menekan, tetapi jarang
   sekali berdenyut-denyut dan tidak pernah disertai dengan demam.


 SAKIT KEPALA MIGRAIN
                                                                                                        
   •  Berlaku apabila saluran darah di kepala menutup terlalu ketat atau membuka
       terlalu luas.

   •  Sakit dirasai disebelah bahagian sahajapada satusatu masa, tetapi mungkin merebak  
       ke seluruh kepala.

   •  Sakitnya berdenyutdenyut dan selalunya berlaku secara perlahanlahan dan menjadi
      lebih teruk selepas satu jam atau lebih. Berlarutan sekurang-kurangnya 2-4 jam atau
      lebih lama.

   •  Sakit mungkin menyerang sekali dalam maasa beberapa hari atau beberapa minggu
      atau langsung tiada untuk beberapa bulan, Migrain biasanya berlarutan selaman
      beberapa jam tetapi jarang melebihi satu atau dua hari.

    •  Sakit mungkin menjadi lebih teruk dengan tekanan, pengambilan alcohol, atau
      sesetengah jenis makanan seperti coklat dan serinngkali disertai rasa loya dan muntah
      muntah. Tidur dapat melegakan sakit kepala jenis ini. Sakit ini juga berlaku semasa
      haid.

    •  Mempunyai sejarah keluarga yang mengidap migraine 


SAKIT KEPALA BERTUMPU

•  Sakit kepala jenis ini biasanya berlaku di kalangan lelaki pertengahan umur,
    manakala migraine tipikal lebih biasa berlaku di kalangan wanita.

•  Sakitnya hanya mepiluti sebelah bahagina kepala sahaja. Sakit biasanya terjadi       
   dibelakang mata dan biasanya berlaku pada mata yang sama.

•  Sakit yang menyerang secara tiba-tiba tanpa sebarang amaran.

•  Sakit yang memuncak dalam tempoh 5 hingga 10 minit dan mungkin berlarutan
    sehingga beberapa jam.

•  Sakir yang menyebabkan seseorang terbangun dariapda tidir dan berlaku beberapa kali
   sehari untuk beberapa minggu dan kemudian berhenti. Menyerang hampir pada waktu
   yang sama setiap hari, untuk beberapa minggu atau bulan.

•  Sakit yang mungkin berkaitan dengan sebelah bahagian rongga hidung tersumbat dan
   mata yang berair. 


KERADANGAN SINUS

•  Sakit yang biasanya bermulal semasa atau selepas demam selsema yang teruk,  
   terutamanya jika berlaku titis postnasal (pangliran lender berlebihan dari kawasan
   hidung ke dalam fariks) 

•  Sakit yang tertumpu pada satu kawasan tertentu pada muka atau kepala, dan menyerang
   dalam masa yang singkat.

•  Sakit yang teruk pada waktu pagi sebelum mukus (lendir) berpeluanuntuk mengalir
   keluar.

•  Sakit yang menjadi teruk apabila batuk, bersin atai menggerakkan kepala dengan tiba-
    tiba.

•  Sakit yang menjadi lebih teruk dengan pengambilan aokohol, perubahan suhu yang
   mendadak, semasa musim sejuk dan keluar dari bilik yang sejuk ke kawasan luar yang
   panas.

•  Mempunyai sejarah ëdemam hayí (rhinitis alergik) dan alahan 


Arteritis Temporal

  Sakit yang biasanya berlaku di kalangan warga tua yang berumur lebih daripada 50
    tahun

•  Sakit yang berkaitan dengan abhagaian kepala dan pelipis yang sensitive (mudah terasa
    sakit bila disentuh) dan sakit rahang.

•  Penglihatan terganggu

•  Sakit-sakit pada seluruh badan.

  Kemungkinan berkaitan dengan demam ringan yang berlaku sekejap sekejap.

•  Dikaitkan dengan penurunan berat badan pada sesetengah orang

•  Sakit kepala jenis ini dianggap sebagai kes kecemasa perubatan -  pesakit perlu dirawat
   di hospital dengan segera 



FAKTOR FAKTOR LAIN :

⇒ Demam selesema yang biasa, influenza.

⇒Demam yang disebabkan virus

⇒ Terlalu sedikit atau terlalu banyak tidur

⇒ Makanan seperti pemanis tiruan, pisang, minuman beralkohol, kopi, the, daging yang   
    telah diawet dan monosodium glutamate

⇒ Kecederaan pada kepala / posttraumatic

⇒ Berlaku jangkitan di kepala atau  leher

⇒ Pendedahan terhadap bahan kimia atau pencemaran

⇒ Keracunan

⇒ Kesan-kesan sampinagn daripada ubat-ubatan seperti Indomethacin, nitrat dan agen
    vasodilasi (agen yang menyebabkan salur darah menjadi lebih besar)

⇒ Perubahan hormon contohnya sindrom sebelum haid (PMS)

⇒ Tekanan

⇒ Gigi bernanah

⇒ Kesan-kesan akibat berhenti mengambil kopi, ubat-ubatan simpatomimetik atau
    Ubat ubatan lain

⇒ Kesan akibat berhenti dariapada mengambil dadah jalanan.

⇒ Pengambilan alkohol yang melampau


PENJAGAAN SENDIRI UNTUK MENGAWAL SAKIT KEPALA

•  Berehat dengan menutup mata dan menarik nafas  panjang-panjang dengan perlahan-
    lahan

•  Mandi

•  Tutup mata anda dengan kain basah

•  Cari penyebab atau pencetus sakit kepala anda dan cuba elakkannya.

•  Elakkan daripada mengambil makanan dan minuma yang boleh menyebabkan sakit
   kepala 

•  Minta bantuan seseorang untuk mengurut otot-otot yang tegang.

•  Makan ubat penahan sakit seperti Acetaminophen, ibuprofen atau aspirin untuk
    mengurangkan sakit kepala anda     

Antara herba yang biasa digunakan untuk merawat migrain atau sakit kepala  ialah pokok sembung 
blumea balsamifera) dari famili compositae. bahagianyang digunakan ialah daun dan bahagian atas bunganya.Sejenis bunga yang dipanggil feverfew atau nama saintifiknya chrysanthemum parthenium dari famili compositae juga sesuai dijadikan teh dan di minum dua kali sehari.Selain itu pokok lemuni atau nama saintifiknya vitex trifolia var negundo dari famili verbenaceae boleh digunakan dengan cara merebus enam sudu besar daunya yang telah dipotong halus  dan juga bunganya dengan 2 gelas air selama 15 minit. Air ini disejukkan dan ditapis untuk diminum setengah daripadanya dalam selang masa antara 3 hingga empat jam.


Daun turi juga berkhasiat untuk mengurangkan masalah sakit kepala. Caranya ialah dengan menyapukan daun yang sudahditumbuk ke kepala. Ia menyejukkan dan menghilangkan sakit kepala..

Rosemary atau nama saintifiknya rosmarinus offiicinalis  dari famili labiatae boleh dijadikan 
teh dengan cara merebus daunnya yang telah dikeringkan dan biarkan terendam selama 10 
minit sebelum diminum. teh ini tidah boleh diminum oleh pengidap epilepsi dan wanita 
hamil.St john's  wort  atau nama saintifiknya Artemisia vulgaris, juga dikenali dengan nama 
damong maria di filipina,


HUBUNGI DOKTOR JIKA :

•   Sakit kepala yang dikaitkan dengan kecederaan kepala

•  Sakit kepala yang paling teruk pernah anda alami dan menyerang tiba-tiba

•  Sakit kepala yang berlarutan beberap hari

•  Sakit kepala yang teruk pada waktu pagi dan tiada gejalagejala lain yang timbul

•  Sakit kepala yang sering berlaku

•  Sakit kepala yang teruk atau kuat menyerang tiba-tiba.

•  Sakit kepala yang semakin lama semakin teruk atau dikaitkan dengan masakah
   penglihatan, percakapan yang tidak jelas, maslaha menggerakan tangan dan kaki, atau
   masalah-masalah yang seumpamanya.

•  Sakit kepala yang dikaitkan dendan tidak diketahui penyebabnya seperti alahan atau
   sinusitis yang kronik.

•  Terdapat perubahan ciri-ciri sakit kepala yang luar biasa

•  Anda mungkin merasa anda mengidap arteritis temporal



Dah, tu saje.. Wah wah, penat tau CikDee nak olah balik benda nie. Sampai jadi air terjun CikDee. Hehe
Baca tau, dan guna petua tu untuk ubat sakit kepala korang!!




Sayang semua <3

No comments: