July 30, 2011

Lelaki vs Wanita

Hari tu CikDee nampak ada seorang lelaki ni, hai hai kat seorang perempuan.. Lepastu perempuan tu stop then borak borak dengan si lelaki. Keluarkan handphone and tukar number.

Ikhlas ke?

Ok. Mungkin lelaki tu nak kawan je, jadi tak kisah lah ikhlas ke tak kan. Tapi selalunya, lelaki ada ke tegur orang yang tak dikenali untuk berkawan? Semestinya tidak. Lelaki akan tegur classmate mereka atau yang dikenali sahaja. Berdasarkan pemrhatian selama setahun ya. Jadi, ikhlas ke?

   ~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~o~


Perempuan, mestilah jual mahal kan. Tapi, untuk cikaro2 di luar sana tak payah baca ya. 

Macam CikDee jugak, memang mahal okey. Kalau orang tegur tegur, CikDee tak kenal takkan la nak balas pulak kan. Lepas tu kalau tak dapat respon, terus blah kan? 

Nampak sangat bukannya nak kawan, nak keseronokkan je. Kalau dia betul betul ikhlas nak kawan, mesti kejar kita kan? 

For that type of boy, mereka cuma nak ajak main2 aje.. Kalau orang jual mahal, kenapa terhegeh hegeh kan? Lebih baik cari yes girl.


Bulan lepas CikDee pergi jalan jalan dengan sepupu CikDee, lelaki. Dah la jalan dengan CikDee, nak pergi tegur tegur orang perempuan pulak. CikDee marah ah dia kan, buat malu je. Buat perempuan macam hina, macam tikus. Nak tahu tak jawapan dia apa?

=Kalau budak tu layan, maknanya "blacklist". 

Wah.. Jadi jangan la nak perasan orang tegur tu tanda suka okey. Tapi takkan la orang nak layan di, dia kan tengah jalan dengan perempuan lain, CikDee?

Tapi kenapa orang barat boleh je jumpa orang, tegur? Tak nampak pulak macam gatal?

Tak payah la, diorang tu bukan orang melayu, lain tau! Boleh mendatangkan persepsi oleh orang luar.
Kalau dorang gatal sekalipun, boleh main sukahati je tau. Bukan nye dorang kesah. 


Fikir ok.

Tak der title lah kwn...

Terlalu banyak bahasa singkatan yang digunakan oleh rakyat Malaysia sekarang nie. Adakah bahasa Melayu akan pupus dan bertukar kepada BHS SGKTN? Adakan rakyat Malaysia juga akan berbcara secara singkat seperti:

- "Ko nak gi ner?"
- "Ko gle ke pe?"

Bagaimana nak menyokong bahasa kebangsaan kita jika bahasa kita seperti ini?

Ya, benar.. Panjang sangat nak tulis dalam meseg. Makan huruf, naik seposen. Kan?? Atau anda semua yang terlalu malas nak menaip? Atau anda semua memang tidak menyokong bahasa kebangsaan kita?

Pembaca pembaca sekalian,

Selain itu, mengubah ejaan sesuatu perkataan. Seperti:

- "Ko giler ke apew?"
- "Tpy aq mmg giler"

atau ayat sebenarnya

- "Kau gila ke apa?"
- "Tapi aku memang gila"

Sebenarnya perkara ini terlalu bahaya jika kita renung renungkan.. Sekiranya anda semua tertulis perkataan ringkas sebegitu di dalam peperiksaan? Tak ke markah result korang nanti rendah.

Erm, takkan tertulis punya? Dah yakin sangat dah? Dah pergi tengok masa depan ke?


Fikir fikir kan,
Renung renungkan lah...