July 30, 2011

Tak der title lah kwn...

Terlalu banyak bahasa singkatan yang digunakan oleh rakyat Malaysia sekarang nie. Adakah bahasa Melayu akan pupus dan bertukar kepada BHS SGKTN? Adakan rakyat Malaysia juga akan berbcara secara singkat seperti:

- "Ko nak gi ner?"
- "Ko gle ke pe?"

Bagaimana nak menyokong bahasa kebangsaan kita jika bahasa kita seperti ini?

Ya, benar.. Panjang sangat nak tulis dalam meseg. Makan huruf, naik seposen. Kan?? Atau anda semua yang terlalu malas nak menaip? Atau anda semua memang tidak menyokong bahasa kebangsaan kita?

Pembaca pembaca sekalian,

Selain itu, mengubah ejaan sesuatu perkataan. Seperti:

- "Ko giler ke apew?"
- "Tpy aq mmg giler"

atau ayat sebenarnya

- "Kau gila ke apa?"
- "Tapi aku memang gila"

Sebenarnya perkara ini terlalu bahaya jika kita renung renungkan.. Sekiranya anda semua tertulis perkataan ringkas sebegitu di dalam peperiksaan? Tak ke markah result korang nanti rendah.

Erm, takkan tertulis punya? Dah yakin sangat dah? Dah pergi tengok masa depan ke?


Fikir fikir kan,
Renung renungkan lah...

No comments: